THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik.

FOLLOWERS

2011/06/01

puding karemel (percubaan pertama)- alhamdulillah menjadi




(untuk saiz loyang 10")
Bahan2 Untuk Karamel
¾ cawan gula pasir
10 sudu besar air panas

Bahan2 Untuk Puding
10 biji telur (ku guna saiz "AA")
1 tin susu cair
¾ cawan gula
1 sudu besar esen vanila
1 sudu besar rata tepung jagung
1 sudu besar rata tepung kastard
(bancuh tepung jagung & tepung kastad ni dengan sikit susu segar kat bwh ni)
150 ml susu segar

cara2 buat:-
1. Masukkan bahagian gula utk karamel tadi ke dalam loyang, ratakan. Panaskan di atas dapur dengan api yg paling kecil. Bila gula mulai menguning, alih2kan kedudukan loyang agar gula hangus sama rata. Bila semua gula sudah nampak warna coklat muda... masukkan air panas perlahan2. (hati2 masa ni takut terkena percikan air gula panas). Kacau2 dengan sudu hingga gula karamel larut bersama2 air. Tutupkan api dan ketepikan.
2. Sediakan bancuhan pudingnya pula. Panaskan susu cair dengan gula bahagian puding tadi hingga gula larut. Tutupkan api. Sementara itu panaskan periuk kukus anda dengan air yg mencukupi.
3. Pecahkan telur satu persatu dlm mangkuk. (lebih elok pecahkan dlm bekas kecil sebiji2 kemudian baru masukkan dlm mangkuk besar sebab takut ada terkena telur yg busuk). Gunakan whisker kacau2 telur hingga rata.
4. Masukkan esen vanila & juga susu yg dimasak bersama gula tadi dan kacau lagi hingga sebati.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung & tepung kastard serta lebihan susu segar & kacau lagi.
6. Tapiskan bancuhan telur ke dalam loyang yang berisi gula karamel tadi pastu kukuslah sehingga puding cukup masak. Cara menguji puding dah masak ke belum.. goyang2kan sikit loyang tu kalau bancuhan still bergoyang sambung lagi mengukus sehingga semua bahagian mengeras...boleh tambah waktu kukus tu ikut suka kita..
7. Sejukkan terlebih dulu sebelum di terbalikkan ke dalam pinggan hidangan yg sesuai.

0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuff

Do'a ku


isLAM Pictures, Images and Photos
Assalamuallaikum
Semuga Barokkah

ALLAH-Muhammad (PBUH) Pictures, Images and PhotosALLAH-Muhammad (PBUH) Pictures, Images and Photos
~Simply Little~ True Love
ALLAH-Muhammad (PBUH) Pictures, Images and PhotosALLAH-Muhammad (PBUH) Pictures, Images and Photos

4 Kul


 
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket