THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik.

FOLLOWERS

2011/07/25

Marhaban Ya Ramadhan



Assalamuallaikum...semuga semua sahabat2 serta adik2 blog yg tersayang di selimuti ALLAH SWT dengan keberkatan....beberapa hari ramadhan akan menjelma dan kak anna mengambil kesempatan mengucapakan Salam Ramadhan Al Mubarak buat semua..semuga segala ibadah kita di bulan yang mulia ini diterima dan di berkahi ALLAH SWT..amin...


Bila dalam kata perbuatan tergores salah & khilaf, dgn segala kerendahan hati terucap mhn maaf setulus2nya. Selamat menunaikan ibadah puasa Ramdhan.

Ya Allah, muliakan & sayangilah saudaraku ini, bahagiakan keluarganya, berkahi rizkinya, kuatkan imannya. Berikanlah kenikmatan ibadahnya, jauhkan dari segala fitnah. amiin. "AHLAN WASAHLAN YA RAMADHAN" mohon maaf lahir dan batin

Selembut embun dipagi hari, tengadah tangan sepuluh jari, ucapkan salam setulus hati, selamat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan, mohon maaf lahir bathin

Marhaban yaa Ramadhan, pucuk selasih bertunas menjulang dahannya patah tolong betulkan, puasa Ramadhan kembali menjelang, salah dan khilaf mohon dimaafkan. Selamat Menunaikan Ibadah puasa

Assalamualaikum Wr..Buka hati dapat CINTA
buka fikiran .... dapat ILMU
buka mata.......cari Rizki...
& buka Handphone 1 pesan diterima
"selamat menjalankan ibadah puasa, wish Allah give U the Best lives. I Pray... dan Mohon dimaafin segala ksalahan2....Marhaban Ya Ramadhan

Marhaban yang ramadhan..bln suci kembali tiba..saat tepat menyucikan diri dari segala dosa..tanpa basa basi mhn dimaafkan segala kesalahan
Mengingat Kata yang Salah, Hati yang Berprasangka, janji yang terlupakan,Sikap & Sifat yang menyakitkan, di hari ini ijinkanlah ku juga mengucapkan mohon maaf LAHIR dAN BATHIN

Anak melayu mengail ikan, perahu berlabuh ditengah lautan, sambil menunggu datangnya ramdhan jari ku susun mohon ampunan, selamat menyambut bulan suci ramadhan..

Mungkin hari-hari yang lewat telah menyisakan sebersit kenangan yang tak terlupa…..,ada salah, ada khilaf, ada dosa yang mengikuti perjalanan hari – hari itu.
agar tak ada sesal, tak ada dendam, tak ada penyesalan ….
mari kita sama-sama sucikan hati,diri,dan jiwa kita.
Marhaban Yaa Ramadhan.

Berharap padi dalam lesung, yang ada cuma rumpun jerami,
harapan hati bertatap langsung, cuma terlayang sms ini.
Sebelum cahaya padam, Sebelum hidup berakhir,
Sebelum pintu tobat tertutup, Sebelum Ramadhan datang,
saya mohon maaf lahir dan bathin.

Jika semua HARTA adalah RACUN maka ZAKAT-lah penawarnya,
Jika seluruh UMUR adalah dOSA maka TAQWA&TOBAT lah obatnya,
Jika seluruh BULAN adalah NODA maka RAMADHAN lah pemutihnya,MOHON MAAF LAHIR&BATHIN,SELAMAT MENUNAIKAN IBADAH PUASA.

Bila hati saling terpaut rasa cinta terjalin indah
Bila salah & Khilaf telah terjadi maka Mohon Maaf
Lahir & Batin atas kesalahan,
“Marhaban Ya Ramadhan”
Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
Semoga kita selalu diberkahi dibulan yang penuh mahrifah

Jika hati seputih awan jangan biarkan ia mendung,jika hati seindah bulan hiasi dengan senyuman……marhaban ya ramadhan. selamat menunaikan ibadah puasa mohon maaf lahir dan bathin
Gersang bumi tanpa hujan..gersang akal tanpa ilmu,,gersang hati tanpa iman..gersang jiwa tanpa amal..marhaban ya ramadhan. selamat menunaikan ibadah puasa mohon maaf lahir dan bathin

Ya Allah.
Perkayalah Saudara2 dan sahabat2ku ini dengan keilmuan
Hiasi hatinya dengan kesabaran
Muliakan wajahnya dengan ketaqwaan
Perindalah fisiknya dengan kesehatan
Serta terimalah amal ibadahnya dengan kelipat gandaan
Karena hanya Engkau dzat penguasa sekalian alam
Marhaban Ya Ramadhan...
Mohon maaf lahir dan bathin...

SEIRING TERBENAM MENTARI dI AKHIR SYA’BAN,
TIBALAH KINI BULAN RAMADHAN,
PESAN INI SEBAGAI GANTI JABAT TANGAN UNTUK
MOHONKAN MAAF dAN KEKHILAFAN.
MARHABAN YA RAMADHAN.

Gelap malamMU ku terjaga, karnaMU ku bergerak melangkah menuju mentariMU, kusambut pemberianMU , dengan harapan kudapat keridoanMU……..
Slama menunaikan Ibadah Puasa……

Manusia tak pernah Luput dari salah dan hilap
karena manusai bukan mahkluk yang sempurna
di bulan yang suci ini mari kita bermaafan
agar tak ada dendam dan rasa dengki
marhaban ya ramadhan
mohon maaf lahir batin

Matahari berdzikir,
angin bertasbih dan pepohonan memuji keagungan-Mu.
Semua menyambut datangnya malam Seribu Bulan.
Selamat datang Ramadhan, Selamat beribadah puasa.
Mohon Maaf Lahir dan Bathin.

Tiada kemenangan tanpa zikrullah
tiada amal tanpa keikhlasan
tiada ampunan tanpa maaf dari sesama
marhaban ya ramadhan..

Fajar ramadhan segera menghampiri dunia, selembar sutra menghapus noda, sebening embun penyejuk kalbu, sucikan hati bersihkan jiwa di bulan yang suci. selamat menunaikan ibadah puasa 1429 H semoga amal kita diterima disisi Alllah SWT..Amiiin…

Marhaban ya Ramadhan,
semoga bulan ini penuh BBM (Bulan Barokah dan Maghfirah)
Mohon Maaf Lahir dan Bathin

marhaban ya ramadhan….
termenung ku sejenak
mengingat akan keselahanku yang lampau
andai kalian smua ada disini sahabat
maafku trucap dari hati yang paling dalam..
maafin ya… smua kesalahanku

Perkataan yg indah adalah “ALLAH”
Lagu yg merdu adlh “ADZAN”
Media yg terbaik adlh “AL QUR’AN”
Senam yg sehat adlh “SHALAT”
Diet yg sempurna adlh “PUASA”
Kebersihan yg menyegarkan adlh “WUDHU”
Perjalanan yg indah adlh “HAJI”
Khayalan yg baik adlh ingat akan “DOSA&TAUBAT”
Mudah2an bln yg suci ini bs membawa iman dan takwa, Amien..

*******************
SALAM RAMADHAN AL MUBARAK
dari : kak inna naim, serta suami aidil fitri dan anak2..
faryzal idham, ikhwan haqimi, iellyza ieryani, ierayu dan iedryeenna...
****************

2011/07/23

Kenduri tahlil.. sambut Ramadhan..dah hari lahir adik iparku..

 Hari ini kami adik beradik sepakat utk buat kenduri tahlil arwah ayah dan bunda..mcm biasa kami masak dirumah masing dan bawa ke rumah adik bongsu ku...adik yg di Kuala selangor buat pecal dan menyediakan smua ulam ulaman, aku sendiri diminta oleh adik2 menyediakan sambal belacan, sayur goreng jawa, agar2 santan dan bubur kacang...
 antara yang aku sediakan selain hidangan lain, seperti kari ayam, sambal tumis bilis dan petai, pelbagai kuih muih...yg tk sempat aku muatkan disini, kerana sesampai di rumah ucu, qariah masjid dah menunggu...
 antara tetamu yang hadhir sedang menjamu selera...
 adik ipar ku yang bongsu Mohd.Azril Ramlan meraikan hari lahirnya setelah selesai majlis..
 Rancak berbual sambil menjamu selera...
 Alhamdulillah...semua nya habis dan tetamu pun sempat menyatakan rasa puas hati, maklumlah kami cuma ber 5 beradik sahaja sambil di bantu oleh suami masing masing ( meraka menantu kesayangan ayah dan bunda) , begitu juga anak2 ku dan anak2 saudara..smua nya berkerjasama...
 amboiiii...makan sampai tak toleh2....
 serba sederhana dan smuga di berkahi ALLAH SWT....
adik2 ipar dan anak saudara menjamu selera...
Aku dan adik2 kesayangan ku (zailin, sheeda, aku sendiri belakang sekali..jie naim bertudung coklat dan waty berbaju biru...selesai semua kami sempat lah pose, sebelum semua berangkat pulang..sebab ada kenduri kendara jiran2 masing masing sedang menunggu.... :)

2011/07/22

Handbag BONIA hadiah dari suami...

Handbag ni hadiah dari suami..hadiah yg tk dijangka..kebetulan suami dapat bonus. tapi mmng tkjangka dapat hadiah ni....sebab kebetulan saja jalan2 window shopping di Jusco bukit tinggi...asyik duk belek2 handbag kat butik Bonia, suami plak offer..nak ke tak nak..dan handbag ni beliau lah yang pilihkan...suka mmang lah suka sgt2..sebab pernah minta dia belikan masa besday nanti..tapi beliau kata hadiah besday nanti lain..ermm,....hepi sesangat2 ler... :)

2011/07/17

Agar agar santan



  • 2 packet serbuk agar2 (anggaran 20gram)
  • 1550 ml air
  • 2 cawan gula melaka
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 1 kotak kecil (1 cawan) santan cair segera (Ayam brand)
  • 1/2 paket santan serbuk + air (campurkan  kedua2 santan dan buat untuk 2 cawan)
  • 2 biji telor
Cara-Cara:-
  1. Campurkan telor dan santan, kacau sebati, tapis dan ketepikan.
  2. Masukkan air dan agar-agar ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan agar-agar larut.
  3. Masukkan gula melaka dan gula pasir. Kacau dan masak hingga gula larut.
  4. Tapiskan agar-agar ke dalam periuk lain dan letak semula atas api.
  5. Masukkan bancuhan telor dan santan tadi. Kacau perlahan hingga nampak mendidih sikit di bahagian tepi periuk dan santan mula naik..
  6. Tuangkan ke dalam loyang atau acuan pilihan.
  7. Biarkan sejuk sebentar dalam suhu bilik dan masukkan dalam fridge. Boleh lah di hidangkan..
    anak2 akak suka makan agar2 ni dengan icekrim vanila...

simple2

Hari ni masak simple2 jer, sebab tk ramai dirumah..Masak lemak cili pucuk ubi dan ikan kembung masak sambal,,,separuh tinggalkan untuk baby sebab dia tk berapa nak makan sambal...Kak anna ni memang pengemar pucuk ubi, apa lagi kalau lemak pucuk ubi tempoyak,,,tapi suami kak anna plak tk makan tempoyak..sesekali kena lah ikut selera dia kan3x...tak yah resepi2 ler..sebab masakkan ni, lebur2 jer dah siap dan ramai yg tahu...

2011/07/16

Kek coklat Lembab

Assalamuallaikum...Dah 2 - 3 hari ni akak tk berapa sihat, asyik sakit kepala sgt2....smua nya tak larat. Mungkin sebab cuaca yang tak menentu. Tidur pun tk cukup sebab kepala ni meragam..anak2 dara ku plak tanya macaman nak buat kek coklat lembab...dorg kata nak belajar buat sendiri....teringin juga nak tenguk hasil nya....jadi ke tidak...akhirnya suruh dorang cari resepi dalam buku...sampai tertidur tidur akak menunggu..dan akhirnya...

 Ini Lah Hasil Nya...
 Baby sempat pose tuu....
Bahan-bahan :
250gm mentega
1 1/2 cawan gula castor
2 cawan tepung kek (or tepung naik sendiri)
1/2 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair
1/2 cawan air sejuk (dari petiais)
1 camca teh esen vanilla
3 biji telur gred A atau 4 biji telur gred B
Cara-cara:
1. Ayak tepung dan serbuk koko. Ketepikan.
2. Pukul mentega dan gula hingga kembang.
3. Masukkan telur sebiji demi sebiji, anggaran 30 saat antara setiap satunya. Pukul sederhana laju.
4. Perlahankan pukulan, masukkan tepung diselang-selikan dengan susu cair.
5. Masukkan esen vanilla.
6. Masukkan air ais dan gaul sekadar sebati.
7. Tuang dalam loyang 9in x 9in yang telah digris dan dilapik dasarnya.
8. Bakar pada suhu 170 darj cels selama 1 jam atau sehingga masak.
Topping:
250 gm cooking chocolate
3 sudu besar susu cair
2 sudu besar susu pekat
1 sudu besar margerin atau butter.
Cara-cara:
1. Larutkan susu pekat ke dalam susu cair.
2. Masukkan cooking chocolate dan cairkan menggunakan double boiler.
3. Apabila chocolate menjadi cair, masukkan margerin atau mentega dan kacau hingga sebati.
4. Tuang di atas kek yang telah sejuk dan ratakan

2011/07/10

Cucur badak


Bahan2nya:
500gm ubi keledek (direbus dan dilecek halus)
100gm tepung gandum.

Bahan inti:
300gm kelapa parut
3 biji bawang merah (kisar)
3 biji bawang putih (kisar)
segenggam udang kering (kisar)
10 biji cili masak (dikisar)
2cm kunyit hidup (kisar)2 btg serai (dikisar)
garam dan gula secukup rasa

Inti:
Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bahan2 yang telah dikisar bersam serai bila dah naik bau masukkan cili, masak hingga pecah minyak masukkan kelapa parut, gaul rata, masukkan garam dan gula secukup rasa, masak hingga kelapa kering dan angkat. Sedia untuk digunakan.


Caranya:
Gaulkan ubi keledek yang telah dilecek bersama tepung gandum, uli hingga sebati, bentukkan bulat dengan saiz mengikut citarasa masing2 dan bubuh inti.Goreng dengan api yang sederhana hingga masak.

Bunga Kangkung



2011/07/08

PuDing MarBle


**Puding Marbe**

10 Gram serbuk agar2
200 Gram Gula
2 1/2 Cawan air
1 tin susu cair
3 sudu butter
3 sudu tepung jagung
2 biji telur
1 sudu besar serbuk koko bancuh dgn air panas

Cara senang jer...masak agar2 dengan gula sambil tu pukul telur, susu dan tepung jagung tuang kedalam agar2 yg sedang di masak..kacau hingga aga pekat, masuk kan butter kacau dan tutup...Bahagi pada 2 dan satu warna kan dgn koko yang di bancuh tadi...tuang kedalam loyang berselang seli sejukkan dan hidang....

2011/07/07

BUBUR JAGUNG

Semalam suami pergi pasar malam...balik2 jer tenguk tangan dia penuh, selain roti john, nasi tomata (hari khamis - ada pasar mlm mmng akak tk masak)...tenguk ada 5 biji jagung muda. Anak2 pun apa lagi minta di buat kan bubur jagung.
Rsepi akak simple jer...paling mudah...

5 biji jagung muda
1 tin jagung manis
5 sudu besar Gula
sedikit gula melaka
secawan santan dan
sedikit garam dan daun pandan

senang je masak bubur jagung ni...akak rasa semua org pun tahu sgt2...jagung dlm tin tu mengenakkan lagi bubur jagung ...mmng sedap...

2011/07/03

sambal taucu ikan bilis

semangkuk ikan bilis-dibelah1/2 mangkuk taucu.- separuh dibilas spaya kurang masin2 biji bawang besar, 7 ulas bawang putih, 2 cm halia muda - dihirissegenggam cili api kampung,2,3 tangkai cili merah & hijau - dihiris1/2 cawan air asam jawa dan gula secukup rasa.

panaskan sesenduk minyak, tumis bawang putih & bilis, goreng hingga wangi & agak garing. pastu masukkan bawang besar, halia, cili & taucu. kacau rata. pastu masukkan air asam sambil disuaikan rasa masin manisnya.masak hingga kering boleh lah di angkat..mkn dgn nasi panas2 sedappp... 

2011/07/02

Pemintaan Anak2

Assalamuallaikum..arini kak anna masak rendang ayam, Pulut kuning, Nasi impit dan kuah kacang...sebenarnuya ni permintaan anak2 kak anna...akak pun masak jer lah, lagi pun kat taman kak anna tinggal ni sana sini buat kenduri sambut ramadhan...so tak yah lah kak anna masak nasi dan lauk pauk...dah anak2 plak mintak masakkan pulut dan lain2 ni...kak anna dan ayah dorg kerumah kenduri jer lar....


AYAM RENDANG MINANG
PULUT KUNING..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuff

Do'a ku


isLAM Pictures, Images and Photos
Assalamuallaikum
Semuga Barokkah

ALLAH-Muhammad (PBUH) Pictures, Images and PhotosALLAH-Muhammad (PBUH) Pictures, Images and Photos
~Simply Little~ True Love
ALLAH-Muhammad (PBUH) Pictures, Images and PhotosALLAH-Muhammad (PBUH) Pictures, Images and Photos

4 Kul


 
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket