Puisi kenangan lalu
Puisi lirih mendayu
2016/05/08
2015/08/21
Pasta menantu pembuka selera
Assalamuallaikum..
Salam sabtu. Hujung minggu ni
Sakit kepala plak. Tekak terasa payau.
Tonsil mula bengkak itu tanda2 nya
Aku nak demam. Sarapan pagi pun tak berapa
Nak selera. Kepala berdenyut2. Biasa hujung
Minggu mcm ni kami skluarga berkumpul.
Ank menantu yg duk setia alam dtg bawak
Pasta. Walaupuj simple (ada org kata goreng bodo2)
Tapi kena sangat dengan tekak ni. Itu lah kdang2
Bila sakit mcm ni kita memang tak selera nak
Makan masakan sendiri.
Alhandulillah, tk lah kosong perut ni nanti.
Syukur. ☺
Posted by anna naim at 7:44 PTG 0 comments
Labels: kasihsayang
2015/08/06
Spaghetti bolognese Untuk baby
Si bongsu kami ni.. kulit macam nabila huda..
Tapi seleranya sejak dari kecil lebih kepada
Kebaratan.. nak kata kenan masa mngandung
Tak plak..ketagih plak dengar lagu nasyid dan
Hindustan.
Part makan..masakan melayu dia memang
Kurang sangat2..kalau makan nasi pun
Lawan nya cuma cendawan. Tapi cuba hidangkan
Spaghetti bolognese...spaghetti cabonara dan
Anika jenis pasta..memang dia tidak akan tolak.
Hari ni dia minta masakan spaghetti bolognese nak
Bawak gi sekolah makan ngan kawan2.
Alhamdulillah..pagi2 lagi dah siapkan semua.
Posted by anna naim at 7:25 PTG 0 comments
2015/07/28
Maafkan Aku wahai Suami
MAAFKANKU WAHAI SUAMI
Kadang-kadang aku rasa akulah
Isteri yang terlalu banyak menerima
Sedangkan engkau tak pernah meminta
Kadang-kadang aku rasa
Akulah isteri yang baru terjaga
Sedangkan engkau tak pernah terlena
Kadang-kadang ku bersuara tanpa berfikir
semua perkataan ku menjadi salah
Datanglah ke sini dan pegang tangan ku
Sementara ku cerita kehidupan isteri
Harap dimengerti
Kadang-kadang ku sakiti hati mu
Bila ku tolak sentuhan mu
Bukan bermaksud aku kurang menyayangi mu…
Namun cabaran terlalu
Kadang-kadang aku berubah pada pandangan mu
Tapi sayang, itu tidak benar
Tiada apa yang paling ku hargai
Daripada kehidupan manis bersama mu
Kadang-kadang ku fikir sejuta tahun
Adalah terlalu singkat
Hanya ku beritahu mu betapa sayangnya aku
Betapa syukurnya aku…
kau pelindung ku
Kadang-kadang berjauhan dengan mu
Akulah isteri yang terlalu tinggi bercita-cita…
Mencipta kerukunan keluarga
Namun aku tetap aku yang ini…
Maafkan aku wahai suami!
Posted by anna naim at 7:03 PTG 0 comments
Labels: puisi
2015/07/27
LEBARAN 2015
Alhamdulillah..ramadhan telah berakhir..
Dah raya ke 11.. seperti tahun2 lalu lebaran
Lebih kepada anak2..setelah pemergian kedua
Org tua ku tercinta..dan lebih menyedihkan tahun
Ini di tambah dengan pemergiaan bunda mertua
Tersyg di ramadhan ke 2.. persiapan raya tidak
Diganti yang baru..hanya sepasang seorg utk
Dipakai di pagi raya pertama...
Apa pun alhamdulillah..masih berkesempatan beraya
Bersama suami dan anak2 tersayang..
#syukurapaadanya
#laluikehidupandenganbersyukur
Posted by anna naim at 9:03 PTG 0 comments
2014/05/05
MAJLIS PERTUNANGAN...EILLYZA AIDIL DAN EIRAYU AIDIL...
Alhamdulillah..syukur ke hadrat ALLAH SWT...dengan izinnya kedua2 anak gadis ku selamat bertunang dengan majlis yang serba sederhana... si kakak eillyza aidil menerima 5 dulang dari pihak lelaki dgn 3 bentuk cincin berbalas 7 dulang dari pihak kami sementara si adik cuma menerima sebentuk cincin merisik dan sebentuk cincin bertunang. itu atas permintaan nya sndiri yang tidak mahu disertakan dengan apa2 iringan.
Alhamdulillah juga kedua2 bakal menantu ku boleh menerima kami apa adanya. kerana kami dari kluarga yg serba sederhana. semuga ikatan pertunangan ini berkekalan hingga ke jinjang pelamin..Amin2x Alahumma Amin.
Posted by anna naim at 7:03 PTG 0 comments
2013/12/18
SELAMAT HARI LAHIR YG KE 19 ANK KU AIN EIRAYU AIDIL..
tk perlumembeli ikan2 mahal..kecuali sekali sekali untk anak2...
Posted by anna naim at 8:16 PTG 0 comments
Labels: kasihsayang
Makan pedas2 ..bnyak minum air...
memang terkenal dengan cara tersendiri untuk mendisiplinkan anak2...dan
sekarang anak2 ku pula menyatakan..makan pedas2 jadi banyak minum air..
aku hanya mampu tersenyum..terkenangkan zaman kanak2ku...
Posted by anna naim at 7:50 PTG 0 comments
Labels: lauk pauk