Bahan-bahan :
4 biji putih telur
1 cawan gula kastor ( guna 3/4 cawan
untuk mengurangkan manis)
1/2 sudu teh esen vanilla
1 sudu teh cuka masakan
1/2 sudu besar tepung jagung
Topping/hiasan :
1 cawan (240 ml ) whipping cream
1 1/2 sudu besar gula icing
1/2 sudu teh esen vanilla
Pukul putih telur dengan perlahan.
Masukkan gula satu sudu demi satu sudu sambil putar dengan laju sehingga putih
berkilat.
Masukkan esen vanilla dan gaul.
Masukkan tepung jagung dan cuka beserta gaul.
Panaskan oven pada suhu 150 darjah
celcius.
Masukkan adunan ke dalam oven.
Setelah 15 minit turunkan suhu kepada 140 darjah celcius.
Bakar selama satu jam.
Setelah siap dibakar, buka pintu oven sedikit dan tunggu sehingga meringue
betul-betul sejuk sebelum dihias dengan menggunakan whipped cream dan
buah-buahan masam seperti strawberi, kiwi, anggur