THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Kita harus yakin bahawa apa yang ditentukan oleh Allah buat kita, itulah yang terbaik.

FOLLOWERS

2010/03/07

set kesayangan

Pagi tadi pi ziarah blog kak ina dan mat gebu
biasanya kalau ke blog  kak ina aku mesti intai resepi dan
kat blog mat intai resepi dan set2 cawan nya, tgk set baru
mat, rasanya lebih kurang mcm aku punya ni jer, 
tapi tk sama. Mat punya cantik lagi. so, meh kita 
share set aku plak. simple jer, tapi menarik
sangat2 pada aku sebab piring nya tu....
 
teko
 

cawan
  
teko mini
 


dari atas penutup kedua2 teko ada bunga

sup tahu lembut


Cuasa panas panas ni tk selera sngat nak 
makan dan anak2 plak kurang sihat, so mereka minta
aku masakan sup tahu lembut ni..
 


BAHAN

5  bungkus tahu lembut
2 kepingan tahu fucuk di rendam
sedikit su'un juga di rendam
1 batang lobak merah di hiris
3 biji kentang potong ikut suka
2 biji cili mera di hiris
4 ulas bawang merah dihiris
2 ulas bawang putih dihiris
satu kiub ikan bilis maggie
beberapa tangkai daun sup
garam ikut suka masing2

Cara nya senang jer, rasa nya smua org pun tahu kan..tumis bawang merah, putih dan cili, bila naik bau, masuk kan kentang biar sekejap supaya cepat empuk, lepas tu masuk kan air ikut suka sebanyak mana sup kita nak,  masuk kan lobak merah. Tutup dan biar sebentar supaya kentang dan lobak betul2 lembut. bila agak mendidih masuk kan fucuk dan tahu, biarkan dlm 10 minit baru masuk kan su'un biarkan 5 minit lagi dan siap untuk di hidang.


2010/03/05

hadiah dari adik angkat

set  mug ni aku terima dari adik angkat ku ida
yang tinggal di puchong..

 
cawan siap dengan penutup.

koleksi barangan tembaga

 
set merenjis pengantin

 
tepak sirih tembaga

 
kaki lilin utk letak kiri kanan pelamin

2010/03/04

set teko kesayangan

hobi aku memang suka kan teko,
billa ada teko yg menarik aku pasti beli...
 
teko hijau ni memang cantik dan besar


teko biru ni ada 4 cawan, masa anak2 kecil
aku jaga dengan baik sekali, bila2 anak2 dara ku
membesar, 3 cawan pecah. Tangan  ank dara  dengan
tangan tuan punya teko ni beza agaknya ya kan..


teko jingga ni plak pemberian suami semasa baru2
kahwin, sekarang dah lebih 20 tahun khawin, cuma
sekali jer aku guna, lepas anak2 besar dah tk beri mereka
guna, takut tk pasal2 arwah plak teko aku ni...


yang ni plak hadiah dari nyonya kedai sebab aku selalu
beli barang kat dia, kebetulan tinggal ni je set lama. mungkin
lebihan2 barang2 lama yg dia jual, dari tk laku, baik dia
hadiah kan kat aku, dah tentu2 aku jaga, betul kan.

2010/03/03

Hidangan hari ni....

 
Masak lemak ketam dengan Nenas 
  
terubuk bakar bersantan


sambil berkemas2 hari ni, terlintas plak nak masak
gulai lemak ketam dengan nenas dan terubuk bakar.

cawan kopi

 

2010/03/02

piring bunga kembang pagi

 
cari punya cari ada 5 biji ni jelah. Jadi lah kan
buat tambah2 koleksi simpanan.

Set Pyrex (Peninggalan arwah bunda ku)

 
Set pyrex ni peninggalan arwah bunda 
utk aku, arwah beli sejak aku remaja
lagi. Ketika itu aku baru jer masuk tingakatan 1
sebenarnya set ni ada banyak,
tapi sejak arwah bunda meninggal 2007
aku tk tahu tak kemana hilang nya set2 aku ni.
memang lah sedih sangat tapi nak buat 
macamana dah tk der rezki.

 
ini saja lah yang dapat aku simpan
sebagai kenangan. Piring tu ada 12, tapi
tinggal satu jer, pinggan makan nya
lansung aku tk jumpa, termasuk nasi tambah
dan piring kuah tk tahu kemana perginya.

 
2 mangkuk di bawah ni

 
dan 4 biji gelas ni, ckup sayang nak gunakan
sebab anak ku dah pun pecahkan sebiji gelas 
berkaki diatas. Biar lah aku simpan dan turunkan
pula pada anak2 sebagai pusaka warisan
dari nenda mereka.

koleksi kekwa hitam


Ini je lah yang ada, 5 biji piring kuih. Niat dihati nak cari set tea plak. tu yg rajin pi intai kat blog kawan2.
sesiapa yang ada set tea teko dan cawan boleh lah contact2 yer....

bawal masam manis




Ini lah hidangan hari ni. kegemaran anak2 ku. 

1 ekor ikan bawal
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
1 inci halia
2 sudu cili kisar
2 sudu cili sos
1 biji bawang besar
1 tin kecil kacang peas
1 biji tomato
Sedikit tepung jagung untuk menyalut ikan
Sedikit air
Garam dan gula secukup rasa.

Cara penyediaan:
1. ikan,yg sdah dibersihkan gaulkan dengan garam dan tepung jagung lalu digoreng.
2. Bawang merah,putih dan halia dikisar.
3. Bawang besar,tomato dipotong dadu.
4. Tumis bahan yang dikisar sehingga wangi.kemudian masukkan cili tumis hingga garing
5. Masukkan pula cili sos,garam dan gula secukup rasa.
6. Masukkan bawang besar, kcang dan ,tomato serta sedikit air,biarkan seketika dan boleh lah masukkan ikan. siap utk di hidang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Nuff

Do'a ku


isLAM Pictures, Images and Photos
Assalamuallaikum
Semuga Barokkah

ALLAH-Muhammad (PBUH) Pictures, Images and PhotosALLAH-Muhammad (PBUH) Pictures, Images and Photos
~Simply Little~ True Love
ALLAH-Muhammad (PBUH) Pictures, Images and PhotosALLAH-Muhammad (PBUH) Pictures, Images and Photos

4 Kul


 
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket
Photobucket