2011/06/16
Teko Telor BK
Alhamdulillah teko telor dah pun sampai pagi tadi, order dari CT from wafi&wafiah collection.. seronok tgk, suami siap jeling sotong, bila aku sebutkan harganya, tapi dah minat nak buat mcamana..lepas ni mmang ada niat nak tambah, tapi slow2 skit lah sebab bukan niat nak berlumba dgn org lain, tk da lansung niat mcam tu, ni smua kerana minat..ada juga kata lmbat2 nnti harga nya naik..klau dh mcm tu nak buat mcamana, ada rezki kak anna adalah, klau nasib menyebelahi kak anna insyaAllah kak anna akan dpt juga kumpulkn satu persatu, walau perlahan2...
Posted by anna naim at 9:13 PTG 0 comments
Labels: bunga kangkung
2011/06/15
Tureen & Mangkuk BK
Ini lah tureen yang kak anna dapat dari Nuar @ Nda'streasure,blogspot.com..harganya Alhamdulillah lah, memang berpatutan sgt2...tak sia2 gak kak anna pi intai2 blog kengkawan, akhirnya hari ni kak anna dapat juga apa yang kak anna cari..bukan saja tureen...
Kak anna juga order 4 mangkuk bubur yang ada defect ni, comey2 mangkuk nya,
yang ada dalam simpanan kak anna lain skit..ada dlm 10 biji..
Mcam tu juga mangkuk BK 8" ni, juga kak anna dapatkan dari nuar, alhamdulillah, berbaloi lah dengan budget yang kak anna kluarkan...mcamana pun kak anna masih mencari2 pinggan bujur nasi tambah dan beberapa biji teko lagi..mudah2an ada rezki kak anna yer...amin
Posted by anna naim at 5:26 PG 0 comments
Labels: bunga kangkung
2011/06/14
Cawan & Sudu BK
![]() |
sudu ni plak order dari danisya collection dan dan pun terpamir dalam almari..seronok tgk set dah hampir2 mencukupi |
Cawan yang 2 ni lah kak anna order sekali dgn cawan ML dari bonnie...bila tgk cawan2 ni, anak2 kak anna plak tunjuk kan minat pada PML dan dorg semangat plak nak cari set2 lama dan share mionat dorg ngan kak anna, seronok plak share minat ngan anak2 ni...
Posted by anna naim at 11:10 PTG 0 comments
Labels: bunga kangkung
2011/06/12
PLATTER KECIL DAN TEKO BESAR BK
Alhamdulillah barang yg kak anna order dari pondok nur salam
dah pun sampai pagi tadi jam 10.45...
dah pun sampai pagi tadi jam 10.45...
sebenarnya kak anna ingat platter ni yg besar, rupanya nya kecil, apa pun tak pe lah sebab platter ni antara koleksi BK juga kan, kak anna nak kena intai2 lagi lah blog kengkawan, mana tau ada rezki kak anna terjumpa yg besar plak...masih mencari2 lagi koleksi tambahan, walaupun dah buat beberapa order dan sedang menunggu order2 lain tiba...tapi pantang terpandang jer kak anna akan terus order...
Yang ni semua org pun tahu..yelah bagi peminat2 tegar BK dorg memang tahu sgt2 pasal set2 BK dan teko2 semua, kak anna mmng tahu tntang BK ni dari kecik, arwah bunda mmng ada, cuma sejak rumah arwah di repair, set2 ni bnyak yg pecah...yg kak anna ada pun dapat dari mertua..InsyaAllah kak anna nak juga posting set yg kak anna ada dlm blog ni, cuma belum ada masa dan tunggu semua nya dah terkumpul...
Posted by anna naim at 10:34 PTG 0 comments
Labels: bunga kangkung
2011/06/11
Minum Petang....
Minum Petang ni Teh O Bersama
Apam Polkadot 3 Perisa..Coklat,
Blueberry dan Strawberry..
Blueberry dan Strawberry..
Jemput Minum Semua... :) :)
Posted by anna naim at 1:30 PG 0 comments
Labels: santapan..
2011/06/10
menunggu kiriman
Assalamuallaikum utk semua kawan2...semuga semua nya sihat dan ceria selalu..sebenarnyer setiap hari kak anna online, sambil intai blog kawan2 dan blogger2 lain untuk mencari tambahan untuk set BK kak anna dan semakin hari rasa tak menunggu kiriman barangan yang kak anna order dari....
http://wafiyahousecollection.blogspot.com/ - teko telur
http://pondoknursalam.blogspot.com/ - teko besar dan Platter (tadi baru bank in lagi untuk mangkuk bujur nasi tambah BK) dan
http://danisyacollections.blogspot.com/ - sudu BK
Posted by anna naim at 6:35 PG 0 comments
2011/06/07
mee goreng
Posted by anna naim at 12:49 PG 0 comments
2011/06/01
puding karemel (percubaan pertama)- alhamdulillah menjadi
(untuk saiz loyang 10")
Bahan2 Untuk Karamel
¾ cawan gula pasir
10 sudu besar air panas
Bahan2 Untuk Puding
10 biji telur (ku guna saiz "AA")
1 tin susu cair
¾ cawan gula
1 sudu besar esen vanila
1 sudu besar rata tepung jagung
1 sudu besar rata tepung kastard
(bancuh tepung jagung & tepung kastad ni dengan sikit susu segar kat bwh ni)
150 ml susu segar
cara2 buat:-
1. Masukkan bahagian gula utk karamel tadi ke dalam loyang, ratakan. Panaskan di atas dapur dengan api yg paling kecil. Bila gula mulai menguning, alih2kan kedudukan loyang agar gula hangus sama rata. Bila semua gula sudah nampak warna coklat muda... masukkan air panas perlahan2. (hati2 masa ni takut terkena percikan air gula panas). Kacau2 dengan sudu hingga gula karamel larut bersama2 air. Tutupkan api dan ketepikan.
2. Sediakan bancuhan pudingnya pula. Panaskan susu cair dengan gula bahagian puding tadi hingga gula larut. Tutupkan api. Sementara itu panaskan periuk kukus anda dengan air yg mencukupi.
3. Pecahkan telur satu persatu dlm mangkuk. (lebih elok pecahkan dlm bekas kecil sebiji2 kemudian baru masukkan dlm mangkuk besar sebab takut ada terkena telur yg busuk). Gunakan whisker kacau2 telur hingga rata.
4. Masukkan esen vanila & juga susu yg dimasak bersama gula tadi dan kacau lagi hingga sebati.
5. Masukkan bancuhan tepung jagung & tepung kastard serta lebihan susu segar & kacau lagi.
6. Tapiskan bancuhan telur ke dalam loyang yang berisi gula karamel tadi pastu kukuslah sehingga puding cukup masak. Cara menguji puding dah masak ke belum.. goyang2kan sikit loyang tu kalau bancuhan still bergoyang sambung lagi mengukus sehingga semua bahagian mengeras...boleh tambah waktu kukus tu ikut suka kita..
7. Sejukkan terlebih dulu sebelum di terbalikkan ke dalam pinggan hidangan yg sesuai.
Posted by anna naim at 10:52 PTG 0 comments
masak lemak cili padi ikan kembung dgn belimbing, sambal tahu serta goreng buncis dgn sotong.hidangan ni memang wajib sekali sebulan...
Posted by anna naim at 10:45 PTG 0 comments
Langgan:
Catatan (Atom)