skip to main |
skip to sidebar
- 2 packet serbuk agar2 (anggaran 20gram)
- 1550 ml air
- 2 cawan gula melaka
- 3/4 cawan gula pasir
- 1 kotak kecil (1 cawan) santan cair segera (Ayam brand)
- 1/2 paket santan serbuk + air (campurkan kedua2 santan dan buat untuk 2 cawan)
- 2 biji telor
Cara-Cara:-
- Campurkan telor dan santan, kacau sebati, tapis dan ketepikan.
- Masukkan air dan agar-agar ke dalam periuk. Masak hingga mendidih dan agar-agar larut.
- Masukkan gula melaka dan gula pasir. Kacau dan masak hingga gula larut.
- Tapiskan agar-agar ke dalam periuk lain dan letak semula atas api.
- Masukkan bancuhan telor dan santan tadi. Kacau perlahan hingga nampak mendidih sikit di bahagian tepi periuk dan santan mula naik..
- Tuangkan ke dalam loyang atau acuan pilihan.
- Biarkan sejuk sebentar dalam suhu bilik dan masukkan dalam fridge. Boleh lah di hidangkan..
anak2 akak suka makan agar2 ni dengan icekrim vanila...
0 comments:
Catat Ulasan