Bahan2nya:
500gm ubi keledek (direbus dan dilecek halus)
100gm tepung gandum.
Bahan inti:
300gm kelapa parut
3 biji bawang merah (kisar)
3 biji bawang putih (kisar)
segenggam udang kering (kisar)
10 biji cili masak (dikisar)
2cm kunyit hidup (kisar)2 btg serai (dikisar)
garam dan gula secukup rasa
Inti:
Panaskan minyak dalam kuali tumiskan bahan2 yang telah dikisar bersam serai bila dah naik bau masukkan cili, masak hingga pecah minyak masukkan kelapa parut, gaul rata, masukkan garam dan gula secukup rasa, masak hingga kelapa kering dan angkat. Sedia untuk digunakan.
Caranya:
Gaulkan ubi keledek yang telah dilecek bersama tepung gandum, uli hingga sebati, bentukkan bulat dengan saiz mengikut citarasa masing2 dan bubuh inti.Goreng dengan api yang sederhana hingga masak.
1 comments:
TQ2.....LETAK RESEPI.....PERNAH BUAT CUCUR BADAK NI 1ST TIME MS PNANT HARI TU...MAIN REDAH JER BUAT..TP JADI JUGAK LA...TP KALI NI ADA RESEPI.....HEHEHEHEHEHEHE
Catat Ulasan